cara potong langsir scallop
di bawah ini pola swag (sayap kiri kanan) dan pola scallop (untuk tengah-tengah).
sediakan kain yang bidangnya 45" atau 46". untuk royal scallop saiz normal guna 1 1/2 meter kain. untuk 1 swag saiz normal guna 1 meter kain. swag kena ada 2 keping (kiri dan kanan). jadi semuanya 3 1/2 meter. panjang kain ini cuma untuk buat royal scallop untuk pintu bilik atau dapur je...2 swag kiri kanan dan 1 scallop. kalau nak buat di tingkap yang bingkai panjang, sila tambah meter kain untuk buat scallopnya.
mula-mula ambil untuk scallop dulu. lipat kain menyerong macam ni
letak pola dan pin.kemudian gunting ikut pola
scallop yang siap digunting
gunting kecil2 di bahagian yang ditanda pada pola itu.
dah siap gunting kecil2 ditepi tu bolehlah tanggalkan kain dari
pola dan dapatlah satu scallop
kemudiannya ambil untuk bahagian swag pula. kain tak perlu lipat (selapis je) mula2 ambil untuk swag kiri dan kemudian ambil swag kanan pula. masa ambil swag kanan, sila terbalikkan pola. kalau tak nanti korang dapat swag yang boleh digunakan untuk sebelah scallop sahaja.
ini rupa 1 swag yang siap digunting...jangan lupa, sebelum tanggalkan kain dari pola swag, sila gunting kecil2 bahagian tepi kain, ikut tanda di pola tu
contoh gunting macam ni la..tujuannya untuk kita buat lipatan masa kita menjahitnya
Ini ialah hasil yang telah siap digunting
No comments:
Post a Comment