Sunday, 2 November 2014



Cara-cara membuat Langsir Eyelet Style



Bentangkan kain yang dibeli panjang 4 meter.
Kemudian potong kepada 2 Meter setiap satu



Selepas di potong, bahagian tepi sekali lipat seperti gambar dibawah iaitu ukuran 1" lebih. 
Buat kiri dan kanan . Sebelum tu terbalikkan kain tersebut.



Selepas itu, pinkan sepanjang lipatan kain tersebut dengan jarum peniti. 
Pinkan jarak-jarak.


Apabila dah siap pinkan, letakkan kain kat bawah jarum mesin. 
Daripada 1" lebih tu, lipatkan sikit kain tu ke dalam sampai jadi ukuran 1" tepat. 


Jahit dari atas sampai bawah. 
Sebelah satu lagi tu pun jahit sama seperti ini juga.


Selepas siap jahit kiri dan kanan kain ni dengan lipatan 1" seperti gambar diatas dan lipat pulak kaki kain awak tu jadi 4 1/2"


Apabila siap tanda 4 1/2", pinkan sampai hujung....
kemudian lipatkan ke dalam sampai jadi 4" tepat. 
Seperti gambar dibawah.


Kemudian jahit lurus sehingga hujung kain



Apabila sudah siap, nak nampak kemas..
jahitkan pula hujung kanan dan hujung 
kiri. Lihat gambar dibawah ini.



Okay, selepas siap bahagian bawah.
 Seterusnya pergi pula ke bahagian atas tempat nak 
jahit curtain tape
Mula-mula buat seperti gambar dibawah ini


Lepas tu, hujung curtain tape tu lipat sikit seperti
gambar dibawah 


Da siap jahit lurus atas dan bawah tape
jadi la macam gambar kat bawah ni 


kemudian buat lubang dalam ring tersebut dengan menggunakan gunting



kemudian masukkan penutup ring yang berwarna emas





Inilah gambar setelah siap semua.....

No comments:

Post a Comment