Sunday, 2 November 2014
Cara-cara membuat Langsir Eyelet Style
Bentangkan kain yang dibeli panjang 4 meter.
Kemudian potong kepada 2 Meter setiap satu
Selepas di potong, bahagian tepi sekali lipat seperti gambar dibawah iaitu ukuran 1" lebih.
Buat kiri dan kanan . Sebelum tu terbalikkan kain tersebut.
Selepas itu, pinkan sepanjang lipatan kain tersebut dengan jarum peniti.
Pinkan jarak-jarak.
Apabila dah siap pinkan, letakkan kain kat bawah jarum mesin.
Daripada 1" lebih tu, lipatkan sikit kain tu ke dalam sampai jadi ukuran 1" tepat.
Jahit dari atas sampai bawah.
Sebelah satu lagi tu pun jahit sama seperti ini juga.
Selepas siap jahit kiri dan kanan kain ni dengan lipatan 1" seperti gambar diatas dan lipat pulak kaki kain awak tu jadi 4 1/2"
Apabila siap tanda 4 1/2", pinkan sampai hujung....
kemudian lipatkan ke dalam sampai jadi 4" tepat.
Seperti gambar dibawah.
Kemudian jahit lurus sehingga hujung kain
Apabila sudah siap, nak nampak kemas..
jahitkan pula hujung kanan dan hujung
kiri. Lihat gambar dibawah ini.
Okay, selepas siap bahagian bawah.
Seterusnya pergi pula ke bahagian atas tempat nak
jahit curtain tape.
Mula-mula buat seperti gambar dibawah ini
Lepas tu, hujung curtain tape tu lipat sikit seperti
gambar dibawah
Da siap jahit lurus atas dan bawah tape
jadi la macam gambar kat bawah ni
kemudian buat lubang dalam ring tersebut dengan menggunakan gunting
kemudian masukkan penutup ring yang berwarna emas
Inilah gambar setelah siap semua.....
FORMULA ASAS LANGSIR
Sila dapatkan ukuran berikut ;
Lebar Rail =
Labur Langsir =
Pita Jalur (Pita Biasa) yang diperlukan
Lebar Rail x 2 (untuk semua jenis fabrik) = [Jawapan Panjang Pita Biasa]
Jumlah Kepingan Fabrik
Apabila memasang langsir, perlu dipasang sebelah kiri dan sebelah kanan (2 bahagian). Oleh itu, adalah perlu untuk anda ketahui jumlah kepingan kain yang diperlukan untuk setiap bahagian tingkap atau lebih dikenali sebagai "window panel".
Ukuran Lebar Rail x 2 = [Jawapan Lebar Rail Keseluruhan]
Jawapan Lebar Rail / Bidang Fabrik = Jawapan Jumlah Kepingan Kain.
**Harus ketahui Bidang Fabrik yang dibeli.
**/ adalah tanda bahagi
Jumlah Meter Kain
Labuh Langsir + 2 inci (basi kelim atas) + 10 inci (basi kelim bawah) = Jawapan Labuh Langsir Keseluruhan.
(Kepingan Kain) x (Labuh Langsir) = Jawapan Jumlah Kain.
(Jumlah Kain) / 39 inci = Jumlah Meter Kain
** / adalah tanda bahagi
** 1 meter bersamaan 39 inci.
Contoh kiraan;
Lebar Rail = 70 inci
Labuh Langsir = 80 inci
Jumlah Pita Langsir
70 inci x 2 = 140 inci
Jumlah Kepingan Kain
70 inci x 2 = 140 inci
140 inci / 56 (bidang kain) = 2.5 (kepingan kain)
** Ini bermakna satu bahagian tingkap memerlukan 2.5 keping kain untuk dicantumkan.
Jumlah Meter Kain
80 inci + 2 inci + 10 inci = 92 inci.
2.5 x 92 = 460
460 / 39 inci = 11.80 meter @ 12 meter kain yang diperlukan.
**Ini bermakna dengan 12 meter kain, anda perlu gunting 2.5 keping untuk tingkap sebelah kiri dan 2.5 keping untuk tingkap sebelah kanan.
Ukuran Lebar Rail
Ukuran lebar rail adalah berbeza mengikut jumlah rail yang anda gunakan. Jika guna satu rail lain, dua dan sebagainya. Maksudnya adakah anda pasang dua sekali atau 3 sekali rail.
Berikut saya senaraikan ukuran untuk setiap perbezaan rail yang digunakan.
Satu Rail = Panjang rail + 2 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.
Dua Rail = Panjang rail + 4 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.
Tiga Rail = Panjang rail + 6 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.
Ukuran asal panjang rail harus lebihkan sikit untuk elakkan langsir menegang apabila dipasang dan untuk menutup bahagian tepi kiri dan kanan rail.
Itulah Ukuran sebenar panjang rail rumah anda.
Lebar Rail = 70 inci
Labuh Langsir = 80 inci
Jumlah Pita Langsir
70 inci x 2 = 140 inci
Jumlah Kepingan Kain
70 inci x 2 = 140 inci
140 inci / 56 (bidang kain) = 2.5 (kepingan kain)
** Ini bermakna satu bahagian tingkap memerlukan 2.5 keping kain untuk dicantumkan.
Jumlah Meter Kain
80 inci + 2 inci + 10 inci = 92 inci.
2.5 x 92 = 460
460 / 39 inci = 11.80 meter @ 12 meter kain yang diperlukan.
**Ini bermakna dengan 12 meter kain, anda perlu gunting 2.5 keping untuk tingkap sebelah kiri dan 2.5 keping untuk tingkap sebelah kanan.
Ukuran Lebar Rail
Ukuran lebar rail adalah berbeza mengikut jumlah rail yang anda gunakan. Jika guna satu rail lain, dua dan sebagainya. Maksudnya adakah anda pasang dua sekali atau 3 sekali rail.
Berikut saya senaraikan ukuran untuk setiap perbezaan rail yang digunakan.
Satu Rail = Panjang rail + 2 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.
Dua Rail = Panjang rail + 4 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.
Tiga Rail = Panjang rail + 6 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.
Ukuran asal panjang rail harus lebihkan sikit untuk elakkan langsir menegang apabila dipasang dan untuk menutup bahagian tepi kiri dan kanan rail.
Itulah Ukuran sebenar panjang rail rumah anda.
cara menjahit langsir royal scallop
mula2 ambil bahagian swing sebelah kiri
berpandukan snap yang dibuat, lipat dibahagian guntingan
pertama ke belakang
kemudian dari tanda snap di A, lipat dan letak lipatan
tu di tanda B. sila tengok SINI ye untuk tahu jarak setiap tanda
lipatan tu ( tepi kain yang saya gunting kecil tu)
macam inilah rupanya yang sudah siap dilipat dan dipin dengan peniti.
selepas itu lipat pula swing sebelah kanan. caranya sama juga cuma lipatan
mengadap kanan pula.
ini bahagian scallopnya, dari bahagian A-B dan C-D
ada tanda2 yang digunting untuk lipatan. sama macam swing tadi,
lipat dari satu tanda ke satu tanda. mula2 lipat bahagian A-B dulu.
lipat seperti ini
ini hasil yang telah siap lipat dan pin
kemudian lipat bahagian C-D pula. lipat ikut tanda guntingan2 kecil itu.
ini dia gambaran setelah siap dilipat
jahitkan bahagian tepi itu dan buka penitinya.
selepas tu bolehlah jahitkan apa-apa sahaja bawah tu,
macam lace ke,manik2 gantung ke...
ikut kesukaan diri nak letak macam mana.
kemudian susun ketiga2 bahagian macam ni.
letak scallop dan swing tu bergantung luas tingkap atau pintu.
jahit dipertemuan swing dan scallop itu
selepas tu ukur untuk bahgian lapis pita dan sambungkannya.
kemudian jahit pita tersebut
Inilah hasil setelah siap dijahit semua.
Langsir royal scallop ini sesuai untuk pintu.
kalau nak buat untuk tingkap berkembar atau yang panjang lebarnya,
jahit sahaja scallopnya 3,4...(anggaran sahaja).
selepas tu pasang swing kiri dan kanan.
cara potong langsir scallop
di bawah ini pola swag (sayap kiri kanan) dan pola scallop (untuk tengah-tengah).
sediakan kain yang bidangnya 45" atau 46". untuk royal scallop saiz normal guna 1 1/2 meter kain. untuk 1 swag saiz normal guna 1 meter kain. swag kena ada 2 keping (kiri dan kanan). jadi semuanya 3 1/2 meter. panjang kain ini cuma untuk buat royal scallop untuk pintu bilik atau dapur je...2 swag kiri kanan dan 1 scallop. kalau nak buat di tingkap yang bingkai panjang, sila tambah meter kain untuk buat scallopnya.
mula-mula ambil untuk scallop dulu. lipat kain menyerong macam ni
letak pola dan pin.kemudian gunting ikut pola
scallop yang siap digunting
gunting kecil2 di bahagian yang ditanda pada pola itu.
dah siap gunting kecil2 ditepi tu bolehlah tanggalkan kain dari
pola dan dapatlah satu scallop
kemudiannya ambil untuk bahagian swag pula. kain tak perlu lipat (selapis je) mula2 ambil untuk swag kiri dan kemudian ambil swag kanan pula. masa ambil swag kanan, sila terbalikkan pola. kalau tak nanti korang dapat swag yang boleh digunakan untuk sebelah scallop sahaja.
ini rupa 1 swag yang siap digunting...jangan lupa, sebelum tanggalkan kain dari pola swag, sila gunting kecil2 bahagian tepi kain, ikut tanda di pola tu
contoh gunting macam ni la..tujuannya untuk kita buat lipatan masa kita menjahitnya
Ini ialah hasil yang telah siap digunting
Sunday, 12 October 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)